Kisah Seorang Ibu/Isteri
Sep 25th, 2008 by razzyy
Suatu malam, selepas memberikan anaknya ubat, dengan linangan air mata,si ibu berdoa ke hadrat Allah, sekaligus bernazar jika penyakit anaknya sembuh. Dengan kehendak Allah, tidak berapa lama kemudian, si anak yang sekian lama terlantar, perlahan-lahan sembuh. Selera makannya bertambah dan dalam waktu terdekat, dia kembali pulih.
Sekali lagi dengan iringan air mata, si ibu tak henti-henti meluahkan rasa syukur kepada Allah. Sesungguhnya dia merasa cukup terharu selepas doanya dimakbulkan. Sambil tersenyum dia mengusap-usap rambut anak lelakinya itu dengan penuh kasih sayang. Lantaran terlampau gembira, ibu tadi lupa menunaikan nazar yang dilafaznya ketika berdoa. Hinggalah pada suatu malam, dia bermimpi dikunjungi seorang lelaki tua yang tidak dikenali.Lelaki itu berkata kepadanya dalam nada marah, “Hai perempuan! Tunaikanlah nazarmu agar kelak engkau tidak ditimpa musibah daripada Allah.”Sejurus kemudian lelaki tersebut lenyap dan si ibu tersentak daripada tidur.Beberapa kali dia beristighfar…sambil mengurut dadanya yang berdebar kencang. Digosok-gosok kelopak matanya, kemudian dia termenung memikirkan mimpi itu. Rasa takut sesekali menerjah-nerjah nalurinya.
Dalam keadaan serba salah, si anak meletakkan papan keranda dan menyodok tanah untuk menimbus lubang kubur itu. Dia kemudian berjalan pulang sambil air matanya tak henti-henti mengalir. “Mungkin ibuku sedang meronta-ronta kelemasan sebelum menghembuskan nafas terakhir,” bisik si anak mengenangkan nasib ibunya.
Si anak mengira hari dan dirasakannya waktu terlalu lambat bergerak. Namun sesaat pun si anak tidak lupa memohon agar Allah sentiasa memelihara ibunya. Di dalam kuburnya, si ibu merasakan lubang kuburnya semakin hari semakin luas. Beberapa ketika kemudian, dia terpandang imbasan cahaya di sebelah kanan kepalanya. Lalu dia menoleh, di dapati suatu lubang kecil di sebelahnya yang amat terang. Apabila diintai ternampaklah sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan yang amat indah. Belum pernah dia melihat taman seindah itu seumur hidupnya. Si ibu tambah tersentak apabila ternampak dua wanita sedang duduk di tepi sebuah kolam yang jernih airnya. Seorang berwajah sugul sementara yang seorang lagi begitu ceria.
Menyedari kehadirannya, wanita berwajah ceria bersuara: “Wahai perempuan, silakan masuk dan duduklah bersama kami,” pelawanya penuh sopan.
Sejurus itu lubang kecil di kubur si ibu perlahan-lahan membesar sehingga memudahkannya berjalan masuk ke taman tersebut.Dihampirinya kedua-dua wanita itu. Tiba-tiba muncul seekor burung, lalu melebarkan sayapnya ke atas kepala wanita ceria itu. Tidak berapa lama kemudian, muncul seekor lagi datang mematuk-matuk kepala wanita berwajah muram itu. Kejadian itu memeranjatkan si ibu. Dia bertanya kepada perempuan yang dipayungi burung itu. “Bagaimana kamu memperolehi kemuliaan ini?” tanyanya lagi. “Semasa di dunia, aku mentaati suamiku. Semasa aku kembali menemui Tuhan, dia redha kepadaku. Dia sentiasa mendoakan kesejahteraanku sehingga kini. Maka Allah muliakan aku seperti mana yang kamu lihat.

“Baiklah…aku ampunkan segala dosanya terhadapku dan aku redha dengan pemergiannya,”sambung lelaki itu lagi.
Aneh, malam itu, si ibu bermimpi didatangi perempuan yang dipatuk burung itu. “Bagaimana keadaan kamu sekarang?” tanya si ibu itu.
“Alhamdulillah, aku selamat daripada seksaan kerana pertolonganmu menyampaikan pesanan agar suamiku memaafkan dosaku. Semoga Allah membalas kebaikanmu dan mengampunkan engkau,” ujar wanita itu terharu. Si ibu terjaga lantas beristighfar beberapa kali.
(Dipetik dari kitab karangan Imam Al-Ghazali)
=====================
Sabda Rasulullah saw:
“Aku melihat dalam neraka tiba-tiba ramai diantara ahlinya adalah
wanita.”
Maka seorang wanita bertanya: “Mengapa ya Rasulullah?” Rasulullah
menjawab, “Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada
suaminya.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar